Saturday, April 9, 2011


APA SALAHNYA DENGAN CINTA ??
..... cinta adalah salah satu daripada kurniaan Allah kepada manusia. Ruang lingkup cinta terlalu luas sebenarnya namun manusia yang sering mengecilkannya. Cinta kepada yang maha esa adalah cinta yang paling agung di antara segala cinta, di sebabkan itulah para syuhada sanggup mengadai jiwa dan raga mereka sepenuhnya bagi membuktikan kecintaannya terhadap Allah.

Contoh buktinya cinta Rasulullah terhadap kita.

...... ketika mana nabi saw di baling batu oleh penduduk taif maka turunlah saidina Jibril kepada nabi dan bertanya adakah baginda ingin Allah menurunkan bala kepada penduduk di negeri tersebut, tetapi nabi menyatakan bahawa mereka (penduduk negeri taif) belum mengenal kebenaran, malah baginda mendoakan agar hati mereka terbuka untuk menerima syiar Islam.

Cinta teruna dan dara.

...... dewasa ini kita melihat bahawa hubungan cinta teruna dan dara ini di luar lingkungan perkahwinan. Jesteru itu, apa yang terjadi adalah sesuatu yang mengaibkan, kes buang anak yang begitu heboh di perkatakan di segenap pelusuk negara. Malangnya ramai yang terbawa bawa dengan perasaan cinta ini hingga sanggup berkorban segala galanya untuk orang yang di cintai padahal si dia belum lagi menjadi suami yang sah, bak kata orang tua tua "Nasi lemak buah bidara, sayang selasih kulurutkan, buang emak, buang saudara kerana kekasih kuturutkan...."

Cinta Oh Cinta.

..... melihat pada masalah ini, nyatalah cinta sesama makhluk tidak kekal, apatah lagi kalau cinta itu berlandaskan hawa nafsu semata mata. Cinta Shah Jehan kepada Mumtaz Mahal terabdi bersama berdirinya Taj Mahal, namun sedarkah kita bahawa pembinaan Taj Mahal telah menyebabkan tangan tangan para pengukir yang handal di potong semata mata Shah Jehan tidak mahu terbinanya bangunan yang dapat menandingi kecantikkan Taj Mahal. Sedarlah
bahawa cinta kepada manusia adalah sementara.
Oleh itu adalah lebih baik sekiranya kita tidak terbawa bawa oleh arus cinta, bermain dengan ombak perasaan dan akhirnya karam sendiri bila cinta yang di harapkan tidak kesampaian, wallahua'lam.

No comments:

Post a Comment