Saturday, May 14, 2011


apa itu iman ye???
kita nie beruntung di lahirkan terus je bergelar Islam, sbb itulah kita nie tidak merasakan bahawa iman dan Islam itu sangat- sangatlah penting. Kalau kita tengok org2 yang baru memeluk Islam, masyaallah hebatnya amalan, iman mereka terhadap Allah mengalahkan kita yang lahir-lahir jer terus Islam.
Pada penulisan saya kali ini suka untuk saya berkongsi dengan sahabat semua tentang peringkat iman ini, moga memberi manafaat kepada semua yang membacanya.

Peringkat2 Iman:

1) Iman taklid (beriman kerana ikut ikutan tanpa ilmu. Iman ini tertolak)
  • cth: seorang yang lahir daripada keluarga beragama Islam tetapi tiada langsung pengetahuan tentang agama, kepercayaan dan ibadah di bina atas dasar taklid(mengikut buta).
2) Iman ilmu (seorang yang sudah mempunyai ilmu tentang agama tetapi tiada penghayatan dalam hatinya. Iman sekadar pada akal, bukan di hati yakni tiada kemahuan untuk beragama)
  • cth: seorang pelajar yang mempelajari subjek agama semata mata untuk lulus dalam peperiksaan. Ilmu yang di pelajari tidak pernah dihayati apatah lagi untuk beramal.
3) Iman 'ayan (mujahadah yakni adailmu agama dan ada keinginan untuk melaksanakan segala perintah syariah tetapi masih perlu bermujahadah)
  • cth: seorang pelajar universiti yang ada kemahuan untuk menjadikan Islam sebagai cara hidup. Ilmu dan kemahuan sudah ada namun akibat pengaruh rakan sebaya dan suasanakampus, dia masih perlu bermujahadah untuk melaksanakan tuntutan Islam dan meninggalkan larangannya.
4) Iman haq (anugerah oleh Allah yang boleh di raih usaha yang berterusan dan hanya iman tahapini sahaja yang akan merasai kemanisan iman, menurut perintah dan meninggalkan larangan terasa mudah. Malah ada kelazatan dalam beribadah)

di mankah kedudukan iman kita ye??? cuba kita muhasabah balik
lanyakkah kita bergelar penghuni syurga sekarang??

Saturday, April 9, 2011


APA SALAHNYA DENGAN CINTA ??
..... cinta adalah salah satu daripada kurniaan Allah kepada manusia. Ruang lingkup cinta terlalu luas sebenarnya namun manusia yang sering mengecilkannya. Cinta kepada yang maha esa adalah cinta yang paling agung di antara segala cinta, di sebabkan itulah para syuhada sanggup mengadai jiwa dan raga mereka sepenuhnya bagi membuktikan kecintaannya terhadap Allah.

Contoh buktinya cinta Rasulullah terhadap kita.

...... ketika mana nabi saw di baling batu oleh penduduk taif maka turunlah saidina Jibril kepada nabi dan bertanya adakah baginda ingin Allah menurunkan bala kepada penduduk di negeri tersebut, tetapi nabi menyatakan bahawa mereka (penduduk negeri taif) belum mengenal kebenaran, malah baginda mendoakan agar hati mereka terbuka untuk menerima syiar Islam.

Cinta teruna dan dara.

...... dewasa ini kita melihat bahawa hubungan cinta teruna dan dara ini di luar lingkungan perkahwinan. Jesteru itu, apa yang terjadi adalah sesuatu yang mengaibkan, kes buang anak yang begitu heboh di perkatakan di segenap pelusuk negara. Malangnya ramai yang terbawa bawa dengan perasaan cinta ini hingga sanggup berkorban segala galanya untuk orang yang di cintai padahal si dia belum lagi menjadi suami yang sah, bak kata orang tua tua "Nasi lemak buah bidara, sayang selasih kulurutkan, buang emak, buang saudara kerana kekasih kuturutkan...."

Cinta Oh Cinta.

..... melihat pada masalah ini, nyatalah cinta sesama makhluk tidak kekal, apatah lagi kalau cinta itu berlandaskan hawa nafsu semata mata. Cinta Shah Jehan kepada Mumtaz Mahal terabdi bersama berdirinya Taj Mahal, namun sedarkah kita bahawa pembinaan Taj Mahal telah menyebabkan tangan tangan para pengukir yang handal di potong semata mata Shah Jehan tidak mahu terbinanya bangunan yang dapat menandingi kecantikkan Taj Mahal. Sedarlah
bahawa cinta kepada manusia adalah sementara.
Oleh itu adalah lebih baik sekiranya kita tidak terbawa bawa oleh arus cinta, bermain dengan ombak perasaan dan akhirnya karam sendiri bila cinta yang di harapkan tidak kesampaian, wallahua'lam.

Wednesday, September 16, 2009

BISMILLAH.....
BERSYUKUR KEHADRAT ILLAHI YG TELAH MEMBERI PELUANG & RUANG MASA YG SINGKAT INI UNTUK BERKONGSI SEDIKIT ILMU, NASIHAT, PENGALAMAN, KEPADA PEMBACA YG BUDIMAN.....
TIDAK LUPA SELAWAT DAN SALAM TERHADAP JUNJUNGAN BESAR NABI YG TIDAK JEMU2 MEMIKIRKAN AKAN UMATNYA WALAUPUN KITA SERING MELUPAINYA.....
SALAM PERKENALAN KEPADA PEMBACA SEKALIAN MOGA2 PENULISAN INI DAPAT MENAMBAHKAN IMAN SERTA KETAQWAAN KITA KEPADA ALLAH...& MENAMBAHKAN RASA CINTA KITA TERHADAP RASUL MULIA MUHAMMAD SAW...

Al Imam Ghazali
pernah menasihati kepada anaknya :

*wahai anakku hiduplah sesuka hatimu di muka bumi ini kerana engkau pasti akan menemui kematian.
*cintailah apa sahaja yang engkau kehendaki kerana engkau pasti akan berpisah dengannya di suatu hari nanti.
*buatlah apa sahaja yang engkau kehendaki kerana engkau pasti akan di balas dengan mengikut amal perbuatanmu itu.